Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Kedai Makan UPIN & UPIN

Betul, betul, betul...macam pernah dengar sahaja, bukan...
Destinasi makan seterusnya ialah

Hiasan dalaman Kedai Makan Upin & Ipin

Lokasi: Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari ~ 10:00 malam

Menu/ 'Signature dish' : Ayam goreng Upin & Ipin
Selain itu, ada masakan barat (chicken chop, fish & chips dan lain-lain) dan juga masakan timur (nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan lain-lain)

Apa yang menarik?
  • Pilihan makanan untuk anak-anak moden yang pelbagai contohnya set kombo 'nugget', kentang goreng, sosej, ayam goreng.
  • Gabungan makanan barat dan timur di dalam satu restoran
  • Hiasan dalaman yang ceria dan menarik perhatian anak-anak
  • Cerita Upin & Upin disiarkan di televisyen kedai
  • Jualan cenderahati / 'merchandise' Upin & Ipin di kaunter. (pandai ya peniaga hendak menarik perhatian anak-anak sewaktu ibu bapa membuat bayaran makan! hehe)
Rating: *** (3 bintang sahaja)

Senarai menu anak-anak zaman moden



Mee goreng antara hidangan yang menyerlah

Jumpa lagi dalam catatan kembara mama yang lain! :)

Makan dengan bajet RM5 di Popiah S.S Ali!



Lokasi: Jalan Plumbum R/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 10:00 pagi ~ 10:00 malam

Menu/ 'Signature dish' : Popiah kering dan popiah basah
Ada juga mee rebus, nasi ayam, rojak/pasembor

Harga: Dari RM3 dan ke atas

Rating: *****
Nasi ayam bungkus satu!

Pasembor berisi cucur, telur, keropok

Apa yang menarik di sini:
  • Tempat makan yang kemas, selesa dan bersih
  • Kemudahan bawa pulang/ 'take away' dengan bekas makanan yang mudah/ 'convenient' sesuai untuk ibu2 yang mahu hidangan yang cepat tetapi berkhasiat!