Tuesday 13 May 2014

5 Sebab Untuk Pergi ke 'Puteri Harbour Family Theme Park'

Masih tercari2 nak ke mana waktu cuti sekolah nanti?

Pemandangan dari atas:The Little Big Club


Lokasi             :Puteri Harbour, Nusajaya, Johor Bahru 

Taman tema    : ' The Little Big Club' dan 'Hello Kitty Town'

Harga tiket      : 

RM65 (RM50 untuk pemegang MyKAD) - 1 taman tema sahaja
RM110 (RM85 untuk pemegang MyKAD) - 2 taman tema
Kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA

Waktu  operasi  : 

10:00 pagi ~ 6:00 petang
(tutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah)

Rating: *****


Bertie the Bus di Thomas and Friends
Permainan di stesen Pingu


Panjat - panjat di stesen Thomas and Friends
Apa yang menarik di sini?
1) Taman tema dalam bangunan/ 'indoor theme park'

2) Berpenghawa dingin dan selesa untuk semua keadaan terutamanya cuaca Malaysia yang tidak menentu sekarang

3) Susun atur permainan yang interaktif untuk kanak2 kecil dan lasak dalam lingkungan umur (1 ~ 10 tahun).

4) Ada sesi bertemu watak2 kegemaran (Pingu, Bob the Builder)

5) Persembahan secara langsung, 'LIVE'  oleh Barney, Thomas and Friends dan Angelina Ballerinaadik2 boleh menyanyi dan menari bersama!Bukan anak2 sahaja terhibur, ibu bapa pun seronok! :)
Sila pastikan anda mengikuti jadual persembahan yang ada ya!

Oleh sebab anak-anak mama kesemuanya hero..jadi, pilihan mama tidak lain tidak bukan
->The Little Big Club! walaupun mama teringin juga nak lihat Hello Kitty yang comel..heh..lain kali ya mama!

LAGI?
  • Kemudahan surau dan tandas yang selesa TETAPI tiada 'nursing room' atau tempat menukar lampin untuk bayi/ 'changing table'
  • Medan selera/ tempat makan yang selesa yang menyediakan makanan bersesuaian dengan selera anak2 seperti set sosej, nugget, spaghetti, bebola daging / 'meat balls', nasi ayam dan lain-lain bersama susu UHT.Tetapi agak mahal sedikit berbanding di luar. Tak mengapa sekali sekala ibu bapa berbelanja asalkan anak2 gembira!
  • Di sini juga ada restoran Lat yang diberi nama, ' Lat's Place' yang hanya ada di Malaysia! Pengunjung juga ada diberi minuman percuma, complimentary drink sewaktu mula2 sampai ke taman tema ini. Hidangan2 yang menyelerakan turut dijual di sini termasuk kuih2 tradisional!

Dekorasi dalaman 3D yang menarik.
Ada pokok rambutan, pokok pisang dan rumah kayu tradisional yang cantik!


Jumpa lagi di catatan mama yang seterusnya ya!



1 comment:

  1. JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete