Lokasi :Puteri Harbour, Nusajaya, Johor Bahru
Taman tema : ' The Little Big Club' dan 'Hello Kitty Town'
Harga tiket :
RM65 (RM50 untuk pemegang MyKAD) - 1 taman tema sahaja
RM110 (RM85 untuk pemegang MyKAD) - 2 taman tema
Kanak-kanak bawah 3 tahun PERCUMA
Waktu operasi :
10:00 pagi ~ 6:00 petang
(tutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah)
Rating: *****
![]() |
| Bertie the Bus di Thomas and Friends |
![]() |
| Permainan di stesen Pingu |
![]() |
| Panjat - panjat di stesen Thomas and Friends |
1) Taman tema dalam bangunan/ 'indoor theme park'
2) Berpenghawa dingin dan selesa untuk semua keadaan terutamanya cuaca Malaysia yang tidak menentu sekarang
3) Susun atur permainan yang interaktif untuk kanak2 kecil dan lasak dalam lingkungan umur (1 ~ 10 tahun).
4) Ada sesi bertemu watak2 kegemaran (Pingu, Bob the Builder)
5) Persembahan secara langsung, 'LIVE' oleh Barney, Thomas and Friends dan Angelina Ballerina. adik2 boleh menyanyi dan menari bersama!Bukan anak2 sahaja terhibur, ibu bapa pun seronok! :)
Sila pastikan anda mengikuti jadual persembahan yang ada ya!
Oleh sebab anak-anak mama kesemuanya hero..jadi, pilihan mama tidak lain tidak bukan
->The Little Big Club! walaupun mama teringin juga nak lihat Hello Kitty yang comel..heh..lain kali ya mama!
LAGI?
- Kemudahan surau dan tandas yang selesa TETAPI tiada 'nursing room' atau tempat menukar lampin untuk bayi/ 'changing table'.
- Medan selera/ tempat makan yang selesa yang menyediakan makanan bersesuaian dengan selera anak2 seperti set sosej, nugget, spaghetti, bebola daging / 'meat balls', nasi ayam dan lain-lain bersama susu UHT.Tetapi agak mahal sedikit berbanding di luar. Tak mengapa sekali sekala ibu bapa berbelanja asalkan anak2 gembira!
- Di sini juga ada restoran Lat yang diberi nama, ' Lat's Place' yang hanya ada di Malaysia! Pengunjung juga ada diberi minuman percuma, complimentary drink sewaktu mula2 sampai ke taman tema ini. Hidangan2 yang menyelerakan turut dijual di sini termasuk kuih2 tradisional!
![]() |
| Dekorasi dalaman 3D yang menarik. Ada pokok rambutan, pokok pisang dan rumah kayu tradisional yang cantik! |







.jpg)
