Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, 9 May 2014

TIPS: Menaiki kenderaan dengan selamat!

Sumber: Google


Sebelum memulakan perjalanan, apa kata kita luangkan masa hanya beberapa minit menadah tangan dan membaca bersama doa menaiki kenderaan. Walaupun hanya ke kedai yang terletak berdekatan, jadikan DOA MENAIKI KENDERAAN satu amalan! In sha Allah, perjalanan jadi berkat dan selamat :)

Bagaimana nak hafal?
SENANG sahaja...tulis di atas kertas/ kad dan letak di atas panel kereta '/instrument panel'
Sebelum hidupkan enjin, ambil kad dan baca. Setiap hari baca, tentu ingat!




Sunday, 4 May 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat datang!


Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari sebagai mama bekerjaya
kepada tiga anak comel yang bijak di bumi yang indah dan bertuah ini :)

Sumber: Google


Di dalam kesibukan menguruskan kerjaya dan keluarga, kita, terutamanya ibu-ibu memerlukan sedikit masa untuk berehat.Tak perlu tempat yang mewah, sekadar tempat yang dapat melarikan sebentar daripada timbunan pakaian yang perlu dilipat dan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan sudah cukup untuk menghilangkan lelah ibu-ibu.

Seronok juga sekali sekala dapat meluangkan masa bersama anak-anak tidur di hotel..anak-anak jika disebut bercuti dan tidur di hotel, lazimnya mereka cukup seronok..apatah lagi jika ada 'swimming pool!', mainan air atau taman tema air!:)

Di dalam blog ini, saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak coretan pengalaman tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi buat keluarga. Semestinya, tempat-tempat yang 'kid's- friendly' dan 'baby-friendly' adalah menjadi keutamaan.:)


Seronok nya pergi bercuti! - Sumber: Google


Tak ketinggalan, tempat-tempat makan yang menarik juga akan saya cuba kongsi di dalam blog ini untuk rujukan pembaca-pembaca.
Untuk permulaan, skop jalan jalan cari makan masih tertumpu di tanah tumpah darahku di sekitar Lembah Klang.:P

Akhir kata..salam perkenalan!!